1.4.09


Bila dah ada makanan di depan , pasti kita tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmatinya. Patah lagi jika makanan yang amat kita gemari seperti ayam golek,tomyam,kek, aiskrim dan bermacam2 lagi.

Tapi bagaimana cara kita makan juga boleh menampakkan identiti diri kita yang sebenar.
Tak percaya??

-Makan dengan tenang
Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati.
Tapi sikapnya membosankan. Geram pun ada gak. Namun di sebalik sikap dingin itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan.

-Asyik belek makanan
Dia lebih banyak pandang makanan.Macamlah makan tu sedap sangat. Cara makannya cukup teliti.Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan.

-Serius ketika makan
Gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan orang didepannya.

-Makan sambil borak
Syok sangat berbual sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah.Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badanlah pulak!

-Makan sambil kerap Tengok jam tiap kali makan
selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'.Dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji mesti 'on time' dia sampai.Tak suka seseorang yang lembap.

-Makan sambil merungut Ada saja yang tak kena
Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati dibuatnya.Dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan. Cuma awas, dia tu kuat cemburu.