31.3.09


Tandatangan atau dalam bahasa inggeris adalah signiture. Ia amat penting dalam kehidupan untuk membentuk identiti kita sendiri. Sememangnya terdapat seni yang tersendiri pada setiap tandatangan yang di turunkan pada sekeping kertas putih.


Tandatangan kita melambangkan siapa kita sebenarnya..
Jom! Kita selidik

1. Satu garisan di bawah tanda tangan
Seorang yang sangat yakin Ada personaliti yang hebat Agak mementingkan diri sendiri Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tanda tangan
Anda romantik Mudah bertukar pasangan macam tukar baju Memilih kecantikan (bagi lelaki)Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping

3. Satu titik di bawah tanda tangan
Anda kelihatan mudah dan tenang Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati

4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan
Seronok dengan kehidupan Ikut gaya dan cara sendiri Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
Anda sentiasa berusaha supaya smart Suka berselindung Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir Anda cepat menukar pandangan dan idea

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
Seorang yang sangat prihatin Tidak pentingkan diri sendiri Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain Seorang pemikir Seorang yang mudah serik

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
Seorang yang sangat baik Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan Tegas dengan pendapat sendiri Ada semangat yang tinggi