8.4.09


WANITA ITU......

-SENSITIF :
bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .
-CEREWET :
bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .
-HALUS :
ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .
-IKHLAS :
ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .
- KORBAN :
WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah .
-PRIHATIN :
sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .
-MANJA :
walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesame kaum .
-EGO :
WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai .
-CINTA :
CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus
-SEKS :
seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu .

----- Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
----- Wanita menghadapi banyak permasalahan, sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
----- Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
----- Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
----- Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
----- Wanita boleh memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak boleh melupakannya.
----- Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
----- Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah khawin, dia hafal seluruh pertanyaan.
----- Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
----- Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
----- Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
----- Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.
----- Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
----- Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
----- Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
----- Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
----- Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
----- Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
----- Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
----- Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
----- Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
----- Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
----- Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
----- wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami. 29.takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
----- jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
----- menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

7.4.09


INILAH DIA SEORANG LELAKI.....

1. Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri......
ketahuilah dia dalam keadaan tertekan.
2. Emosi pada orang lelaki umpama getah.....
sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih.
3. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri......
biasanya disebabkan imejnya yang tergugat.
4.Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan
Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.
5. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf?????
Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.
11. memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa.......
12. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri.....

1. Bila si dia sibuk... ... ..
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.
2. Bila si dia ego... ... .
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
3. Bila si dia romantik... ... ..
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.
4. Bila si dia panas baran... ... ..
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.
5. Bila si dia penat... ... .
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.
6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ...
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.
7. Bila si dia mengongkong... ..
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.
8. Bila si dia selamba... ... .
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.
9. Bila si dia curang... ..
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.
10. Bila si dia lurus bendul... ...
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat

5.4.09



Bila kita takut pasti kita akan memicit jari jemari kita walaupun jari kita tidak lenguh, Bila kita malu pasti kita memicit hidung atau melakukan sesuatu pada muka kita menggunakan jari. Itulah kurniaan yang diberi oleh yang maha Esa.
Layarkanlah pandangan anda mengapa kamu melakukan pelbagai perkara menggunakan jari dan apakah rahsia disebalikya?

Memicit Atau Memegang Hidung....
Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.

Meletak Tangan Pada Bahu Kawan....
Suka ikut kepala sendiriPentingkan diri sendiriTeman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat

Bermain Dgn Tangannya....
Mempunyai tahap humor yang tinggiPandai berjenaka Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa ambil hatiJenis open minded

Mematahkan Jari Jemarinya....
Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja
Menggigit Kuku....
Gugup dan gementar bila berbicara Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati
Memintal Hujung Rambut....
Suka berkhayal Sukar diperdayakan Keras kepala

Menongkat Dagu....
Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya Suka mendengar masalah teman2 Setia dlm persahabatan

Suka Letakkan Tangan Atas Meja....
Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri peramah suka bergantung pada orang lain

Menggosok 2 Telapak Tangan....
Ramah dan berfikiran matangSuka berterusterang dan tidak suka ckap berbelit2 Mudah memahami perasaan org lain dan suka membantu

Memutar Cincin....
Sangat menepati janjiBerhati2 dlm tutur kata gemar hidup yang teratur


Perkara yang kita tidak perasan atau buat2 tidak perasan?????


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula, mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

2.4.09


Kuku mahkota jari seorang perempuan dan lelaki. Kuku perlu dijaga untuk memperlihatkan peribadi seseorang itu. Disebalik kuku terdapat beberapa rahsia yang tidak ramai ketahui.

Kenalilah siapa diri anda melalui bentuk kuku...

1. Kuku yang baik, rapi dan indah :
Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :
Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :
Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

6. Bentuk kuku langsing :
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa malang dan kurang berwibawa.

7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :
Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

10. Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :
Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati di sebarang tempat.

13. Bentuk kuku seperti kikir :
Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

14. Kuku yang banyak titik-titiknya di bahagian bawah kelihatan hitam :
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.

1.4.09


Semua manusia amat sensitif sekali mengenai gigi mereka. Ini kerana kita kan dipuji jika gigi kita cantik, tersusun rapi, putih berseri. Tetapi jika gigi kita terlebih kedepan, besar,ataupun gongak?? sudah tentu kita akan di gelakkan dan di kutuk. Walaubagaimanapun bentuk dan rupa gigi kita ia adalah kurniaan yang maha Esa
Tetapi disini kita boleh lihat siapakah sebenarnya diri kita melalui gigi.
Ambil cermin sekarang dan teliti dengan baik....

JARANG DAN KECIL
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya!

BERSAIZ SEDERHANA DAN RATA
Cantiknya gigi dia . Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain.

BESAR DAN JARANG
Bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain.Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi.

JONGANG DAN KECIL
Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!

JONGANG DAN BESAR
Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!

TIDAK TERSUSUN
Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain.

MASUK KE DALAM
Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.

KECIL DAN TERSUSUN
Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka.


Bila dah ada makanan di depan , pasti kita tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmatinya. Patah lagi jika makanan yang amat kita gemari seperti ayam golek,tomyam,kek, aiskrim dan bermacam2 lagi.

Tapi bagaimana cara kita makan juga boleh menampakkan identiti diri kita yang sebenar.
Tak percaya??

-Makan dengan tenang
Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati.
Tapi sikapnya membosankan. Geram pun ada gak. Namun di sebalik sikap dingin itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan.

-Asyik belek makanan
Dia lebih banyak pandang makanan.Macamlah makan tu sedap sangat. Cara makannya cukup teliti.Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan.

-Serius ketika makan
Gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan orang didepannya.

-Makan sambil borak
Syok sangat berbual sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah.Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badanlah pulak!

-Makan sambil kerap Tengok jam tiap kali makan
selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'.Dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji mesti 'on time' dia sampai.Tak suka seseorang yang lembap.

-Makan sambil merungut Ada saja yang tak kena
Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati dibuatnya.Dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan. Cuma awas, dia tu kuat cemburu.